Latar belakang Perakuan_Hak_1689

Dalam revolusi, William of Orange mendarat dengan tenteranya di England pada 5 November 1688. James II cuba untuk menghalang penaklukan itu. Baginda kemudian menghantar wakil untuk berbincang tetapi akhirnya lari pada 23 Disember 1688.

Sebelum William dan Mary disahkan sebagai pemerintah bersama bagi England dan Ireland, mereka menerima Perisytiharan Hak yang dibuat oleh Resam Parlimen yang dhantar kepada mereka di Banqueting House, Whitehall, pada 13 Februari 1689. Dengan menerima Perisytiharan Hak itu, William dan Mary ditawwarkan takhta dan mereka ditabalkan sebagai raja bersama pada April 1689. Perisytiharan Hak itu kemudian dimasukkan ke dalam Akta Parlimen, yang kini dikenali sebagai Perakuan Hak, pada 16 Disember 1689.

Dalam Kerajaan Scotland yang kemudian terpisah, Tuntutan Hak 1689 bagi Estet Scotland dinyatakan dalam pernyataan yang berbeza, tetapi mempunyai kesan yang hampir serupa, dengan mengisytiharkan William dan Mary menjadi Raja dan Permaisuri Scotland pada 11 April 1689.